Buat masa sekarang harga minyak RON 95, 1 liter = RM 1.90. Tapi betulkah kita dapat seperti apa yang dibayar. Ini yang terjadi pada kawan saya pada bulan lepas. Ditakdirkan motor kawan saya ini kehabisan minyak ketika hendak pulang dari kerja dan dia meminta ditumpangkan ke stesen minyak yang berdekatan. Saya terus menumpangkannya ke stesen minyak M, kerana ini yang terdekat.
Selesai mengisi di dalam botol, beliau ingin mengisi minyak ke kereta saya pula. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat yang nilai wang di monitor pam sebanyak RM 4.++. Secara logik akal 2 botol x 500 ml = 1 liter = RM 1.90. Takkan sampai RM 4.++ punya. Adakah kita sebagai pengguna sudah tertipu. Saya ada memaklumkan kawan saya perihal apa yang terjadi dan beliau boleh buat derkk jer...
Perihal mengisi minyak ni...saya memang tidak pernah isi minyak di stesen ini langsung. Mungkin di masa akan datang apabila hal kecemasan mungkin akan isi. Tapi kalau boleh nak dielakkanlah. Stesen minyak yang menjadi pilihan saya ialah:
1. Stesen minyak C.
2. Stesen minyak S.
3. Stesen minyak P.
4. Lain-lain
Lebih selesa dengan stesen minyak C ini, sesuailah dengan tagline yang digunakan. Apa-apa pun terpulang pada anda untuk memikirkan mana yang sesuai.