Penaja

Friday, April 29, 2011

99 Jalan Kesempurnaan





01. Bersyukurlah sikit apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas ke jayaan orang ;
10. Jangan sombong kalau memperoleh ke jayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman ;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;




19. Jangan sakiti anak yatim;

Sunday, April 17, 2011

70 Tips Memenangi Hati Isteri Anda

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian.

Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik. 

Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan. 

Petua ini khas untuk suami atau bakal mendirikan rumahtangga : 

1) Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.


2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini. 

3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya. 

4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda. 

5) Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari. 

6) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna. 

7) Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula. 

Jenis Orang Berdasarkan Kentut


Tak jujur : Orang yang kentut dan salahkan orang lain

Bengong : Orang yang tahan kentut berjam-jam

Yakin Dengan Diri : Orang yang kentut dengan lantang

Sadis : Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya

Startegik : Orang yg sembunyikan bau kentut dangan ketawa dangan kuat


Misterius : Orang yg kentut tapi tidak dapat dikesan

Gugup : Kentut apabila disergah

Periang : Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang


Keputusan Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10


Barisan Nasional telah berjaya memenangi Pilihan Raya kat Sarawak dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya:

N1: OPAR:
1. Stephen ak Sagir (SNAP)
2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas) 
3. Boniface Willy ak Tumek (PKR) 
4. Ranum ak Mina (BN-SUPP) 

N2: TASIK BIRU:
1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP) 
3. John Tenewi Nuek (PKR)

N3: TANJONG DATU: 
1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) 
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas) 
3. Nani Sahari (PAS) 

N4: PANTAI DAMAI: 
1. Suhaimi Selamat (Bebas) 
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) 
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

N5: DEMAK LAUT: 
1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB) 
2. Ali Hossen bin Abang (PKR) 

N6: TUPONG: 
1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB) 
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)

N7: SAMARIANG: 
1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) 
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR) 

N8: SATOK: 
1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) 
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

N9: PADUNGAN: 
1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas) 
2. Wong King Wei (DAP) 
3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)

N10: PENDING: 
1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP) 
2. Violet Yong (DAP) 

Saturday, April 16, 2011

Penangan Maharaja Lawak

Rancangan Maharaja Lawak sekarang ni memang tengah hangat..kehangatannya hinggalah saya terpaksa bayar RM 94 sebulan ntuk astro..sblm ni RM 90..nie sume gara2 Maharaja Lawak..buang 2 Mini..tambah Mustika lak..apa2 pun berbaloi la sbb warna nie mmg banyak drama, rancangan lawak.

Mulai smlm Maharaja Lawak da xtayang kat Astro Prima lagi dah. Nak xnak kalo nak tgk kena la langgan Astro Mustika ni. Xpun tnggu sok jela, layan kat youtube.

Semalam Wai n Xn3 da kuar di awal rancangan lagi..juri xnk guna immunity ntuk bg peluang pada diorg ntuk beraksi kembali..mgkn bkn pilihan juri ni..tapi bagi saya la kn 2 kump nie memang susah nak pegi jauh la. Idlan membuat kesilapan yang besar bila join ngn Kecik. Idlan lebih perform kalo single cam Nabil, Alex dan Man. Idlan ngn Kump Kecik perlukan masa yang lama kerana keserasian yang diorg ada skrg ni hanya sesuai ntuk bt drama je. Kalo beraksi di pentas mungkin susah. Xn3..dari dulu lagi saya mmg kurang minat ngan diorg nie. so kalo kuar pun xterasa sangat la.

Friday, April 15, 2011

Cerita Berantai


Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya. 

Secretary (Isteri) menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti… 

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama…. 

Personaliti Dan Maksud Bunga

Sebelum anda menghadiahkan bunga sebagai pemberian, mari kita sama-sama mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang 'closest to the message' yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna.

Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta.

Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran.

Wednesday, April 13, 2011

Top 15 - Laman Web Tempatan Terkenal

Hari ni The Star ada mengeluarkan artikel mengenai 15 laman web tempatan yang super famous kat Malaysia ni. So check it out Top 15 - Laman Web Tempatan Terkenal:




Tuesday, April 12, 2011

Rahsia Personaliti Disebalik Buah-Buahan

Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing2.Kaedah ini juga dikenali sebagai "Science of Fructology"..

Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia:


1-JENIS LIMAU.
Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali.


Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu.
Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu.


2-BUAH-BUAHAN TROPIKA.
Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas.


Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar berseronok.

Rahsia Disebalik Kelahiran & Pasangan Ideal


Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em... bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Sunday, April 10, 2011

Angry Birds

Baru je download game terhangat di pasaran ketika ini iaitu Angry Birds. Memang menarik game ni. Sebelum ni ada kat iPhone sekarang pengguna Nokia pun dah boleh main game ni. Tapi untuk model tertentu jela. Kepada sape2 yang teringin sangat nak main, tapi xda iPhone, skrg ni pengguna laptop/pc pun da leh main. Download je kat sini k..Angry Birds. Sebelum ini memang ada banyak songeh kalo nak download n main game ni, cam2 masalah..skrg ni masalah da dpt di atasi. So download n enjoy game ni k.

Kepada sapa2 yang fanatik sangat kat game nie..korang leh la beli Angry Birds Plush Toys kat sini. Penghantaran di seluruh muka bumi.

Tuesday, April 5, 2011

Rahsia Garis Tapak Tangan


Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas. Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis Kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis Hati/Cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

Rahsia Di Sebalik Gerak Laku

Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.

1. Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.


2. Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

3. Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

Tips Memakai Minyak Wangi

Minyak wangi berkesan kepada kulit yang panas dan mempunyai peraliran darah yang baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yang paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yang dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.

Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yang suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yang tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian minyak wangi baru.

Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya kamu menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Minyak wangi boleh tahan selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

Monday, April 4, 2011

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010


Selesai sudah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010). Banyak gimik2 yang menarik. Seperti Kump. NAJAZ walaupun nampak cam berterabur tapi bolehlah layan, Ucop dan Abi Hurairah Hantu Kak Limah memang meriahkan lagi suasana lah. Sindiran2 sinis juga banyak didengari. Mana yang terkena tu harap ny jangan la ada yang tersentap sudahlah. Kan korang sendiri yang cari masalah, so memang patutlah terkenakan.

Apa2 pun check it out keputusan penuh ABPBH 2010 ni k.

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Hj. Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular
6ixth Sense

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan

Artis Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular
Shahir

Artis Baru Wanita Popular
Ana Raffali

Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha

Artis Nasyid Popular
Rabbani

Penyanyi Lelaki Popular
Faizal Tahir

Penyanyi Wanita Popular
Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular 
Lisa Surihani

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Dato’ Rosnani Jamil

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian
Shaheizy Sam

Saturday, April 2, 2011

Kebaikan Pisang


Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain.

1. Sebagai sumber tenaga
Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia
Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut
Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

Friday, April 1, 2011

14 Kuasa Hebat Teh


Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. Teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%.

4. Minum teh dapat melambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18 kali ganda komposisinya daripada vitamin E.

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

Wednesday, March 30, 2011

Hasil Seni 'Bent Objects'

Kalau sebelum ini kita da tengok kreativiti di KFC. Kali ni kita tengok plak hasil kreativiti oleh Terry Border seorang artis yang pakar dalam menghasilkan benda2 sekeliling dalam bentuk 'hidup' dan mempunyai personaliti yang tersendiri yang dikenali sebagai 'Bent Objects'.



Sunday, March 27, 2011

Top 10 - Artis Wanita Paling Seksi Di Malaysia

Hari ni Metro Ahad telah mengeluarkan senarai Top 10 - Artis Wanita Paling Seksi Di Malaysia. Ini berdasarkan undian yang telah dilakukan kira2 sebulan yang lalu. Kalau dilihat artis2 ini mampu membuatkan hidung lelaki berdarah kalau kita tengok keseksian mereka ini.

Berikut adalah senarai Top 10:

1. Fasha Sandha 

2. Rozita Che Wan 

3. Zila Bakarin 

Saturday, March 26, 2011

Oxford Iktirafkan Perkataan LOL, OMG & FYI




Oxford English Dictionary hari ni telah mengiktiraf lagi perkataan baru yang sering kali digunakan di dunia IT masa kini. Perkataan2 ini telah digunakan secara meluas kerana senang dan ringkas untuk menaip.

LOL - Initialism < the initial letters of laughing out loud; sometimes also pronounced as an acronym. The first L of LOL is sometimes also explained as the initial letter of laugh.

OMG - Initialism < the initial letters of ‘oh my God’ (frequently as a graphic abbreviation). The final element may sometimes represent gosh, goodness, etc.

FYI - Initialism < the initial letters of for your information.

Friday, March 25, 2011

Kenali Tarikh Lahir Anda


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:

12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
 
Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru. 
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
- Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
- Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain - sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
- Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
- President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart. 

Wednesday, March 23, 2011

Kebesaran Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintanh dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
SyeikhAbu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.


Fadhilat Ayat Al-Kursi Mengikut Hadis-Hadis 

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Tuesday, March 22, 2011

Sunnah Tidur Tengah Hari Dan Penemuan Semasa


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zuhur."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengah hari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengah hari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Sunday, March 20, 2011

Earth Hour 2011


Sambutan Earth Hour yang dianjurkan oleh World Wide Fund telah masuk tahun ke-4. Sambutan ini diadakan pada setiap hari Sabtu terakhir dalam bulan Mac.

Pada tahun ini akan disambut pada 26 Mac ni pada jam 2030H selama sejam. Tujuan utama adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perubahan iklim dunia masa kini. Nak join senang je, pada jam 2030H tutup je lampu dan perkakasan elektrik yang tak digunakan selama sejam.

Rentetan gambar menunjukkan KLCC dan Menara KL
dalam sambutan Earth Hour yang lepas.

Lelaki Halimunan

Liu Bolin, juga dikenali sebagai lelaki halimunan dari China telah mengabdikan dirinya dengan alam sekeliling dengan mewarnakan tubuh beliau dengan warna yang sama seperti objek di belakang beliau. Lihatlah hasil kerja beliau ini. Kreatif betul...



Saturday, March 19, 2011

Asal-Usul Solat


SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

· Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

· Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

· Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.

· Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

· Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredaan Allah.

· Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

· Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.

· Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.

· Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.

· Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

Tsunami Jepun & Al-Quran



Nie ada sedikit info yang saya dapat dari facebook..semua info ini saya xedit langsung perkataannya.

Petikan dr seorang muslim yg menkaji kaji Al-Quran :-
Antara Tsunami & Al-Quran:

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138) so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 
3. di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Tuesday, March 15, 2011

Klasifikasi UFO


Kepada sesiapa yang mengkaji dan obses tentang UFO harus tengok filem 'The Fourth Kind'. Dimaklumkan filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku di Nome, Alaska pada tahun 2000. Filem ini mengisahkan tentang isu makhluk asing yang menggangu penduduk di situ sehinggalah klimaks nya apabila kejadian penculikan oleh makhluk asing telah terjadi.

Sini saya bukan nak review mengenai filem ini atau bercerita mengenai penemuan-penemuan UFO atau makhluk asing di seluruh dunia. Cuma nak berkongsi tentang 4 pengelasan mengenai UFO yang terdapat dalam filem ini. Di mana ia boleh dijadikan panduan kepada pengkaji UFO yang berada di Malaysia. Berikut adalah peringkat-peringkat penemuan berkenaan UFO ini:

Monday, March 14, 2011

iPad 2: Games Yang Harus Dimiliki


Kepada pemilik iPad 2 yang juga kaki 'games', berikut adalah senarai games yang harus anda miliki untuk gajet kesayangan anda ini. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya.

Real Racing 2 HD
N.O.V.A 2 - Near Orbital Vanguard Alliance HD

Tsunami Jepun: Sebelum & Sesudah

Berikut adalah sebahagian gambar sebelum dan selepas, tempat2 terkenanya tempias tsunami di Sendai, Jepun pada 11 Mac lalu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...