Penaja

Monday, February 7, 2011

Pawang di Masjid India, Kuala Lumpur

Apa yang hendak saya coretkan adalah pengalaman saya pada tahun 2008 ketika berjalan-jalan di Masjid India, KL. Tengah asyik ronda-ronda ada pula sekumpulan orang tengah berkumpul, ingatkan ada orang tengah jual ubat. Rupa-rupanya ada tok bomoh@pawang@dukun tengah layout barang-barang alam ghaib (seperti yang diceritakan oleh pawang ini). Dalam banyak-banyak barang ini, ada pula makhluk dari alam ghaib iaitu hantu raya dan toyol.


Hantu Raya
Berkenaan hantu raya ini saya tidak pasti samaada hantu ini kepunyaan pawang ini atau telah ditangkap oleh beliau. Yang hanya adalah kepalanya sahaja. Saya hanya mendengar sahaja celoteh pawang ini. Ditengah-tengah kumpulan ini ada pula seorang makcik bermulut celupar dengan berkata 'bohong je sume ni..nk jual temberang la tue' saya hanya melihat sahaja keletah makcik ini. Mungkin kerana marah, pawang ini pun berkata 'kalo akak xpercaya xpela saya xsuruh pun..tapi kalo akak nk lihat kebenaran. akak amik la sehelai rambut hantu raya ni. malam nanti akak tengok la apa yang akan terjadi'. Semua yang melihat terkedu dengan kata-kata berbisa pawang ini. Makcik yang sudah terkena kata-kata balas daripada pawang ini hanya berdiamkan diri n terus pergi dari situ.


Pawang itu terus bercerita pelbagai pengalaman beliau. Hendak kata beliau ingin jual barang tidak pula dia tunjuk barang-barang untuk dijual. Mungkin dia mempromosikan diri beliau sendiri sebagai pawang yang boleh menangkap hantu. Jadi kepada sesiapa sahaja yang ada masalah entiti ini bolehlah merujuk pada beliau.

Berkenaan dengan entiti, makhluk halus dan aktiviti paranormal ini saya ada juga pengalaman dalam semua ini. Saya ini bukannya bomoh, tapi hanyalah sebagai pemerhati. Bolehlah juga menimba pelbagai ilmu dan pengalaman. Insyaallah, pada artikel yang akan datang saya akan cerita lagi pasal entiti ini.


Toyol - apa yang pawang ini tunjukkan hanyalah kepala dengan separuh badan dan kedua-dua belah tangan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...