Hujung minggu lepas saya telah pergi ke Ayer Panas, Gerik, Perak. Tempatnya memang menyamankan dan membuatkan sesiapa yang berada di situ release tension dengan ada banyak anak sungai dan ramai kanak-kanak yang mandi di situ. Di situ juga terdapat sebuah kolam air panas yang wujud sejak tahun 1940 lagi.
Tapi sayangnya kolam tersebut tidak dijaga dengan rapi dan terabai begitu sahaja. Penuh dengan semak samun dan telah diliputi dengan daun lalang. Setelah bertanya dengan orang-orang lama di situ, semuanya mengatakan satu masa dahulu memang wujud kolam air panas tersebut. Tetapi kini tempat tersebut telah dilupai, mungkin sebab kebanyakkan rumah di situ sudah pasang water heater.
Harapnya adalah pihak-pihak yang berwajib berusaha untuk menjaga dan menaik taraf tempat tersebut kerana ianya boleh ditingkatkan sebagai tempat pelancongan. Sekaligus juga boleh menjana kewangan kerajaan negeri dan penduduk tempatan.