Penaja
Sunday, February 20, 2011
Kencing Meleleh!!!
Maaf sebab tajuk 'post' ini macam tidak menarik. Apa yang saya cuba nak sampaikan adalah sikap rata-rata rakyat kita dan mungkin juga sedunia akan tabiat yang mereka lakukan ketika di tandas. Saya nak menyampaikan hasil pemerhatian saya di beberapa buah tandas awam berbayar@tidak, tempat kerja dan lain-lain yang telah saya lawati. Lawatan sosial ke tandas ini adalah untuk melepaskan hajat samada 'memerut' ataupun 'mengecil'.
Banyak perkara yang terjadi yang membuatkan bukan saja saya malah anda di luar sana juga tidak menyukainya. Apa yang akan anda baca nanti kebanyakkannya yang terjadi di tandas lelaki. Pemantauan di tandas perempuan tidak dapat nak dilakukan. Apa-apapun apa yang terjadi di tandas lelaki ini mungkin berlaku di tandas perempuan. Berikut adalah hal-hal yang terjadi yang menyebabkan ramai orang terbantut hajat:
Kencing Meleleh@Tidak Bertempat
Aduhai..kalau tembak dekat 'urinal bowl' tak apa lah juga. Sebab susah nak meleleh ni. Tapi kalau kat tandas duduk macam mana tu. Kalau meleleh kat bahagian dalam pengguna tidaklah marah. Bagaimana kalau kat bahagian tempat duduk..arghhh..tension betullah. Warna kuning lak tu.Cubalah 'mengecil' tu dengan betul. Ini tidak asyik nak main-main je. Kan dah terkena tempat lain. Kalau dicucinya tak apalah juga, ini dibiarkan pada orang lain lak nak tolong cuci.
Tidak 'Flush'
Ini lagi satu tabiat yang sukar dibendung. Kalau sudah melepas, pandai-pandai lah nak 'flush'. Habis semerbak dibuatnya. Buatnya kalau lama sikit, najis tu sampai kering dan melekat lah kat celah-celah tandas tu.
Bercukur
Bab bercukur ni kebanyakkan lelaki bercukur depan cermin berdekatan dengan singki. Kadangkala bulu-bulu hasil cukuran tu dibiarkan saja berterabur kat singki. Kalau bulu-bulu yang berada di muka tu ok lagi..kalau bulu emmm...emm...selalunya bercukur di dalam tandas dan dibiarkan saja bulu-bulu tu di tandas serta lantai (selalunya terjadi di asrama). Kurang sivik betul..tolonglah cuci bulu-bulu tu elok-elok.
Merokok
Kebanyakkan lelaki yang gian nak merokok di tempat awam menjadikan tandas sebagai tempat untuk melepaskan gian ini. Puntung rokok kalau dibuang secara elok-elok tak apalah juga. Ini terapung je di dalam lubang tandas. Abu-abu berteraburan di lantai.
Sampah-sampah
Seperti juga puntung rokok, sampah-sampah seperti kertas tisu, slip bank dan macam-macam lagilah. Kalau masa sekolah, selalu dengar cikgu marah murid perempuan yang buang tuala wanita dalam tandas. Jadinya bukan lelaki saja yang kurang sopan di tandas, perempuan pun sama.
Meludah
Perkara yang menjijikan ini pun turut tersenarai di dalam senarai saya ini. Ikut suka hati je nak meludah, yang peliknya sampai di cermin tandas pun ada gak. Mungkin meludah diri sendiri agaknya.
Makan dan minum
Ini jenis orang yang tiada adab, manalah mereka ini belajar makan dan minum di dalam tandas ini. Yang menjadi masalahnya ialah sisa-sisa makanan yang berselerak jatuh ke tandas lantai.
Cikaro
Turut tersenarai adalah perbuatan maksiat, kegiatan sebegini memang susah nak dilihat kerana selalunya terjadi di tempat-tempat hiburan lewat malam. Perkara yang terjadi ini disampaikan sendiri oleh kawan saya yang pergi ke disko kerana melihat kondom yang telah digunakan di dalam tandas.
Vandalisme
Keadaan ini memang selalu terjadi. Tandas sekolah, tempat kerja, awam dan semua keadaan tandas akan turut disertai oleh orang-orang yang suka merosakkan harta tandas ini. Dari cermin retak, tandas pecah, tidak boleh 'flush', conteng dan segala macam lagi akan ada di tandas.
Sebenarnya mungkin banyak lagi perkara-perkara yang kurang sopan, tidak beretika dan macam-macam lagi di kalangan masyarakat. Pihak atasan perlu mencari alternatif untuk membendung perkara sebegini agar tidak berterusan kerana boleh menyebabkan nama Malaysia terus tercemar dengan mengambarkan rakyat Malaysia yang tidak bermoral. Pengiklanan di tv tentang etika menggunakan tandas mungkin perlu dibuat. Walaupun nampak macam lawak, pengiklanan membantu untuk memudahkan pemahaman rakyat tentang penggunaan tandas yang betul.
Kencing Meleleh!!!
2011-02-20T17:09:00+08:00
chengaibay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)