Penaja

Thursday, February 17, 2011

Kolam Air Panas, Lubuk Timah


Kalau sebelum ini kita menjengah di Kolam Air Panas, Gerik . Kini kita ke Kolam Air Panas, Lubuk Timah. Untuk ke sini kita perlu dari Simpang Pulai, Perak menuju ke Cameron Highland. Kali terkahir saya ke sini pada 2009. Untuk ke Lubok Timah ini kita terpaksa melalui jalan tanah merah (pada ketika saya pergi). Harap-harapnya sekarang ini struktur jalan raya makin bertambah baik.
Kalau ada 4x4 memang sesuailah nak pergi




Walaupun keadaan jalannya tidak elok, Lubuk Timah ini masih lagi terpelihara. Ada lagi anak sungai yang mengalir deras dan kawasan yang masih lagi belum diterokai. Cayalah..










Kalau emergency nak 'memerut' kat sini sure xjadi pny...


Malangnya kemudahan asas untuk kepada pengunjung tidak dibaiki dan dibiarkan begitu sahaja.Ada beberapa buah tandas di situ yang telah rosak dan daif. Bangku-bangku juga telah rosak dan membahayakan pengunjung. Tong sampah juga jadi mangsa dengan dijadikan tempat BBQ.









Di kawasan ini ada satu kolam air panas, tidaklah besar sangat. Jadinya tidaklah boleh berendam ramai-ramai sangat.








Dekat kolam ini juga terdapat satu bahagian yang ditutup dengan palang besi supaya orang tidak masuk berendam di situ kerana airnya terlampau panas. Kalau nak sua tangan untuk merasa kepanasan air tu tiada masalah cuma tak boleh berendam saja.

Coretan ini mengambarkan keadaan pada tahun 2009. Sudah lama saya tidak menjenguk ke sini. Harap-harapnya jika saya kembali lagi, tempat ini sudah bertambah baiklah dari segi jalan raya dan kemudahan asas. Tapi, melalui firasat saya tempat ini mungkin tidak pernah diperbaiki lagi hinggalah sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...