Penaja

Friday, February 25, 2011

Gaji & Elaun Untuk PM, Menteri Dan Ahli Parlimen


Kini saya nak berkongsi artikel ini dengan semua pembaca. Betul ke tidak, tidak pastilah pula. Ini yang saya dapat, apa-apa pun layan jelah.

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut:

Perdana Menteri - RM 22,826.65 sebulan

Timbalan Perdana Menteri - RM 18,168.15 sebulan

Menteri-Menteri Kabinet - RM 14,907.20 sebulan.

Timbalan Menteri-Menteri - RM 10,847.65 sebulan

Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan

Ahli Dewan Negara - RM 6,508.59

Ahli Dewan Rakyat - RM 4,112.79
Conth yang lepas:

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, maka pendapatan sebulan beliau adalah:

= RM 22,826.65 + (RM 14,907.20 x 2) + RM 4,112.79
= RM 56,753.84 sebulan

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40 . Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.

Graduiti:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...