Penaja

Saturday, March 12, 2011

Jangan Cabut Bateri Laptop


Saya bukannya pakar IT ntuk nak jelaskan semua ini. Cuma ada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. Kepada pengguna laptop, jangan sesekali anda cabut bateri laptop anda untuk kegunaan semasa.

Kita dapat lihat sekarang ini ramai pengguna selalu cabut bateri laptop ketika nak guna laptop. Perkara sebegini terjadi dalam 3 tahun kebelakangan ini, sebelum ini xpernah langsung fenomena cabut bateri laptop ni terjadi. Sejak saya menggunakan laptop dari pertengahan 90an samada secara langsung atau tidak. Tak pernah saya tengok ada orang yang gatal tangan cabut bateri laptop masing2.

Teori mengatakan mencabut bateri laptop dapat memanjangkan jangka hayat bateri tersebut. Saya xpasti dari mana datangnya teori cabut bateri ni. Yang pastinya perbuatan tersebut bukan boleh memanjangkan jangka hayat bateri malah boleh merosakkan bateri dan laptop tersebut.Kita kena tahu setiap benda anda jangka hayatnya yang tersendiri samada lama atau sekejap. Begitu juga dengan makhluk bernyawa cam kita nie. Masing-masing ada due nya. Sedangkan makhluk ciptaan Allah s.w.t pun ada jangka hayat, apatah lagi ciptaan manusia ini.

Jadi janganlah anda cabut bateri laptop masing2. Bateri tersebut tetap akan due samada anda guna atau tidak.

Sebagai contoh, saya xpernah sekali pun cabut bateri laptop seperti pengguna yang lain. Bateri ni tetap boleh bertahan ntuk jangka masa 1 jam lebih. Laptop saya ni da berusia 3 tahun ++. Sebagai perbandingan ada bateri laptop kawan2 saya yang telah rosak dan jangka hayat penggunaan telah berkurangan dengan teruk sehinggakan xsampai sejam boleh menyebabkan bateri ‘kong’. Sedangkan laptop xsampai pun 2 tahun dibeli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...