Penaja

Sunday, March 6, 2011

Burger Ketam

Hari ni saya nak bercerita pasal Burger Ketam. Memang sedap la. Kalau nak merasa kena pegi Kuching la? 

Saya pernah gak la menjamah burger ketam ni 2 kali di Kuching, Sarawak. Tu pun pada tahun 2005. Da lama dah. Kalau sesiapa yang berkesempatan pegi ke Kuching, jangan lupa datang lepak di Kuching Waterfront. Kat situ la lokasi Restoran Burger Ketam ni berada. Nama restoran ni saya da lupa lah.

Kuching Waterfront
Isi burger ketam ni memang padat dan tebal, mungkin guna ketam nipah lembut agaknya. Sebab isinya memang seekor ketam. Jadi harganya pun memang mahal sikit la. Ala-ala macam harga restoran 'fast food'. Restoran ni pernah ditinjau oleh Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kerana ada plak JJCM tergantung di dinding restoran. Korang cuba la cari vids JJCM sekitar tahun 2005 ntuk tahu lebih lanjut pasal restoran nie.

Kalau tak salah masa saya makan kat sana, ada dimaklumkan akan dibuka cawangan restoran ni kat semenanjung. Tapi xpasti akan dibuka di mana.

Gambar Hiasan
Kepada sapa2 yang tahu lokasi restoran nie kat semenanjung leh la berkongsi yer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...