Penaja

Wednesday, March 30, 2011

Hasil Seni 'Bent Objects'

Kalau sebelum ini kita da tengok kreativiti di KFC. Kali ni kita tengok plak hasil kreativiti oleh Terry Border seorang artis yang pakar dalam menghasilkan benda2 sekeliling dalam bentuk 'hidup' dan mempunyai personaliti yang tersendiri yang dikenali sebagai 'Bent Objects'.



Sunday, March 27, 2011

Top 10 - Artis Wanita Paling Seksi Di Malaysia

Hari ni Metro Ahad telah mengeluarkan senarai Top 10 - Artis Wanita Paling Seksi Di Malaysia. Ini berdasarkan undian yang telah dilakukan kira2 sebulan yang lalu. Kalau dilihat artis2 ini mampu membuatkan hidung lelaki berdarah kalau kita tengok keseksian mereka ini.

Berikut adalah senarai Top 10:

1. Fasha Sandha 

2. Rozita Che Wan 

3. Zila Bakarin 

Saturday, March 26, 2011

Oxford Iktirafkan Perkataan LOL, OMG & FYI




Oxford English Dictionary hari ni telah mengiktiraf lagi perkataan baru yang sering kali digunakan di dunia IT masa kini. Perkataan2 ini telah digunakan secara meluas kerana senang dan ringkas untuk menaip.

LOL - Initialism < the initial letters of laughing out loud; sometimes also pronounced as an acronym. The first L of LOL is sometimes also explained as the initial letter of laugh.

OMG - Initialism < the initial letters of ‘oh my God’ (frequently as a graphic abbreviation). The final element may sometimes represent gosh, goodness, etc.

FYI - Initialism < the initial letters of for your information.

Friday, March 25, 2011

Kenali Tarikh Lahir Anda


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:

12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
 
Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru. 
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
- Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
- Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain - sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
- Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
- President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart. 

Wednesday, March 23, 2011

Kebesaran Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintanh dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
SyeikhAbu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.


Fadhilat Ayat Al-Kursi Mengikut Hadis-Hadis 

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Tuesday, March 22, 2011

Sunnah Tidur Tengah Hari Dan Penemuan Semasa


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zuhur."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengah hari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengah hari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Sunday, March 20, 2011

Earth Hour 2011


Sambutan Earth Hour yang dianjurkan oleh World Wide Fund telah masuk tahun ke-4. Sambutan ini diadakan pada setiap hari Sabtu terakhir dalam bulan Mac.

Pada tahun ini akan disambut pada 26 Mac ni pada jam 2030H selama sejam. Tujuan utama adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perubahan iklim dunia masa kini. Nak join senang je, pada jam 2030H tutup je lampu dan perkakasan elektrik yang tak digunakan selama sejam.

Rentetan gambar menunjukkan KLCC dan Menara KL
dalam sambutan Earth Hour yang lepas.

Lelaki Halimunan

Liu Bolin, juga dikenali sebagai lelaki halimunan dari China telah mengabdikan dirinya dengan alam sekeliling dengan mewarnakan tubuh beliau dengan warna yang sama seperti objek di belakang beliau. Lihatlah hasil kerja beliau ini. Kreatif betul...



Saturday, March 19, 2011

Asal-Usul Solat


SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

· Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

· Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

· Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.

· Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

· Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredaan Allah.

· Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

· Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.

· Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.

· Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.

· Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

Tsunami Jepun & Al-Quran



Nie ada sedikit info yang saya dapat dari facebook..semua info ini saya xedit langsung perkataannya.

Petikan dr seorang muslim yg menkaji kaji Al-Quran :-
Antara Tsunami & Al-Quran:

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138) so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 
3. di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Tuesday, March 15, 2011

Klasifikasi UFO


Kepada sesiapa yang mengkaji dan obses tentang UFO harus tengok filem 'The Fourth Kind'. Dimaklumkan filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku di Nome, Alaska pada tahun 2000. Filem ini mengisahkan tentang isu makhluk asing yang menggangu penduduk di situ sehinggalah klimaks nya apabila kejadian penculikan oleh makhluk asing telah terjadi.

Sini saya bukan nak review mengenai filem ini atau bercerita mengenai penemuan-penemuan UFO atau makhluk asing di seluruh dunia. Cuma nak berkongsi tentang 4 pengelasan mengenai UFO yang terdapat dalam filem ini. Di mana ia boleh dijadikan panduan kepada pengkaji UFO yang berada di Malaysia. Berikut adalah peringkat-peringkat penemuan berkenaan UFO ini:

Monday, March 14, 2011

iPad 2: Games Yang Harus Dimiliki


Kepada pemilik iPad 2 yang juga kaki 'games', berikut adalah senarai games yang harus anda miliki untuk gajet kesayangan anda ini. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya.

Real Racing 2 HD
N.O.V.A 2 - Near Orbital Vanguard Alliance HD

Tsunami Jepun: Sebelum & Sesudah

Berikut adalah sebahagian gambar sebelum dan selepas, tempat2 terkenanya tempias tsunami di Sendai, Jepun pada 11 Mac lalu.





Saturday, March 12, 2011

Jangan Cabut Bateri Laptop


Saya bukannya pakar IT ntuk nak jelaskan semua ini. Cuma ada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. Kepada pengguna laptop, jangan sesekali anda cabut bateri laptop anda untuk kegunaan semasa.

Kita dapat lihat sekarang ini ramai pengguna selalu cabut bateri laptop ketika nak guna laptop. Perkara sebegini terjadi dalam 3 tahun kebelakangan ini, sebelum ini xpernah langsung fenomena cabut bateri laptop ni terjadi. Sejak saya menggunakan laptop dari pertengahan 90an samada secara langsung atau tidak. Tak pernah saya tengok ada orang yang gatal tangan cabut bateri laptop masing2.

Teori mengatakan mencabut bateri laptop dapat memanjangkan jangka hayat bateri tersebut. Saya xpasti dari mana datangnya teori cabut bateri ni. Yang pastinya perbuatan tersebut bukan boleh memanjangkan jangka hayat bateri malah boleh merosakkan bateri dan laptop tersebut.

Friday, March 11, 2011

KFC

Kreativiti di KFC..


Thursday, March 10, 2011

Mengapa Yahudi Bijak



Rasanya dah ramai agaknya orang yang telah baca artikel ni. Kepada sapa2 yang belum pernah baca artikel ni, baca dan cuba fahamkan tentang perkara yang diutarakan oleh Dr. Stephen Carr Leon


Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:
- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya
sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.

Wassalam

Baca… Renung… Fikir… Bertindak!
Based on true story...

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Kita & Ibu


Baca dan renungkan ........
Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu.

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit "tak nak! Tak nak!"

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Perbezaan Sifat Lelaki & Perempuan

Adakah perbezaan ini ada persamaan didalam diri anda atau mungkin juga ada persamaan daripada penilaian anda terhadap pasangan anda?

(L) mewakili lelaki & (P) mewakili perempuan. Jom kita nilai diri dan pasangan kita.

(L)
 Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

Tuesday, March 8, 2011

Made In Thailand


Beberapa keping gambar yang anda akan lihat nanti mengandungi unsur-unsur yang mungkin tak sesuai bagi sesetengah orang. Apa yang dipaparkan ini hanyalah sebagai pengetahuan bagaimana pembedahan menukar jantina dilakukan. Kalau rasa tak sesuai silalah ke artikel yang lain k.


Seperti sedia maklum pembedahan sebegini banyak dilakukan di Thailand kerana kosnya yang murah. Apa-apa pun kita sebagai manusia yang telah diberi akal fikiran ini, janganlah bertindak ikut nafsu semata-mata. Buruk akibatnya di kemudian hari.


Hanya ingin kelihatan cantik seperti perempuan sebenar terdapat segelintir lelaki yang sanggup meletakkan agama di tepi, asalkan berjaya menukar jantina.


Berikut adalah rentetan gambar bagaimana pembedahan dilakukan...

Monday, March 7, 2011

Stone Cold Steve Austin - 3:16


Kepada peminat WWF/WWE mesti ingat lagi akan kehebatan Stone Cold Steve Austin. Pada lewat 90an, Stone Cold memang terkenal dalam arena gusti kerana terkenal dengan semangat yang kental ketika berlawan dan asyik maki hamun pihak lawan. Lebih2 lagi beliau terkenal dengan ‘finishing move’ yang dipanggil  ‘Stunner’ di mana ia boleh membuatkan pihak lawan cedera teruk.


Dengan memakai baju yang tertera 3:16 dan bercawat hitam. Beliau bergasak dengan hebat terhadap pencabarnya. 

Hukuman Si Pembunuh Kucing

Rasanya ramai dah tahu pasal kisah tomboy yang telah digelar Pembunh Kucing Serdang.

Si tomboy nie telah mengaku bersalah atas kesalahan beliau yang tak berperikebinatangan ni dan telah didenda sebanyak RM200.00


Setakat denda RM200.00 ni rasa nya no problem la. Tak adil langsung keputusan nie. Sepatutnya bagilah denda Rm 20000.00, supaya menjadi pengajaran kepada yang lain agar tak buat tindakan yang banggang tahap cipan nie lagi.

Nie vid pengakuan bersalah beliau dalam Berita Mandarin NTV7.

A - Z Tentang Lelaki

Nak berkongsi artikel ini dengan pembaca semua. Ini adalah sifat yang ada dalam diri individu bergelar lelaki dari A to Z. Kadang-kadang sifat ni pn ada dalam diri pompuan..

A – ALA-ALA 
Agak mengelirukan sedikit bila ada yang dikategorikan dalam kelompok ‘ala-ala’ ini. Gaya dan perlakuannya agak mencurigakan..bukan apa, bila ada lelaki yang kita anggap tergolong dalam kelompok ini sering kita anggap mereka itu adalah lelaki lembut atau istilah ‘adik-adik’. Walau begitu, tak semestinya lelaki ala-ala ini tidak berperasaan terhadap perempuan. Ingat tu! Memang perwatakan mereka itu kelihatan agak lembut, namun hakikatnya mereka mempunyai hati dan perasaannya yang sama seperti lelaki2 gagah yang lain! Ada perasaan untuk memiliki teman wanita sendiri. 

B – BOHJAN 
Tidak! Tidak! Tidak! Kategori yang paling ditakuti… masalah sosial yang hangat menular masyarakat kita khususnya golongan remaja masa kini. Harus diingat, lelaki sebegini mengharapkan cinta semata2 demi memenuhi nafsunya sendiri dan bukan kerana cinta! Awas! 

C – CEMBURU 
Cemburu tandanya sayang, tapi kalau sudah keterlaluan itu cemburu buta namanya! Boleh dikatakan kebanyakan kaum lelaki di zaman sekarang ini, masing2 mengamalkan sikap mengongkong ini wujud kerana adanya syak wasangka dan tidak yakin terhadap pasangannya yang secara tidak langsung turut menimbulkan rasa cemburu yang keterlaluan dalam dirinya. Kebanyakan wanita takkan tahan dengan sifat cemburu ini! Rimas la… 

D – DUGONG 
Lepas makan tidur! Bila diajak keluar… ha, macam2 alasan yang diberikan. Tak sihatlah! Panaslah! Banyak kerjalah! Hakikatnya pemalas! Malang bagi wanita yang mempunyai kekasih yang tergolong dalam kategori ini. Si dia tentunya sukar di ajak keluar sebaliknya sering menghabiskan masanya dengan memerap di rumah sambil menonton televisyen atau tidur! 

E – EMAS 
Jeng! Jeng! Jeng! Pepatah ada menyebut kelapa…kalau lagi tua lagi banyak santannya ha, jangan ingat lelaki veteran tiada peminat. Sebaliknya, ada segelintir kita yang menganggap lelaki yang tergolong dalam kategori warga emas ini memiliki pengalaman yang lebih dari segala segi. Secara tak langsung, pasangannya akan berasa yakin dan selamat setiap kali berdampingan dengan lelaki emas ini! Lebih2 lagi sekiranya si lelaki itu bijak bermain2 dengan kata2! Lagi mudah nak buat perempuan cair! 

Sunday, March 6, 2011

Keputusan PRK DUN Merlimau & Kerdau

Keputusan PRK DUN Merlimau, Melaka & Kerdau, Pahang telah dimaklumkan. Berikut adalah keputusan bagi kedua-dua DUN ini:


Yuhaizad Abdullah (PAS) vs Roslan Ahmad (BN)
               BN       - 5,962 (Menang)
PAS     - 2,319
Majoriti - 3,643


Hasanudin Salim (PAS) vs Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN)


                BN       - 5,060 (Menang)
PAS     - 2,336
Majoriti - 2,724

Burger Ketam

Hari ni saya nak bercerita pasal Burger Ketam. Memang sedap la. Kalau nak merasa kena pegi Kuching la? 

Saya pernah gak la menjamah burger ketam ni 2 kali di Kuching, Sarawak. Tu pun pada tahun 2005. Da lama dah. Kalau sesiapa yang berkesempatan pegi ke Kuching, jangan lupa datang lepak di Kuching Waterfront. Kat situ la lokasi Restoran Burger Ketam ni berada. Nama restoran ni saya da lupa lah.

Kuching Waterfront
Isi burger ketam ni memang padat dan tebal, mungkin guna ketam nipah lembut agaknya. Sebab isinya memang seekor ketam. Jadi harganya pun memang mahal sikit la. Ala-ala macam harga restoran 'fast food'. Restoran ni pernah ditinjau oleh Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kerana ada plak JJCM tergantung di dinding restoran. Korang cuba la cari vids JJCM sekitar tahun 2005 ntuk tahu lebih lanjut pasal restoran nie.

Kalau tak salah masa saya makan kat sana, ada dimaklumkan akan dibuka cawangan restoran ni kat semenanjung. Tapi xpasti akan dibuka di mana.

Handheld Terbaik & Terburuk

 Korang tentu dah pernah main 'handheld' kan. Di sini disenaraikan Handheld Terbaik & Terburuk di mana anda pernah main mahupun tidak.

Handheld Terbaik
Sony PSP
iPod & iPhone
Nintendo DS

Pembunuh Kucing Serdang

Ini info yang saya baru dapat dari facebook. Sebagai seorang 'cat lover' saya akan berkongsi dengan anda semua perihal kejadian ini.

Seorang tomboy telah bertindak kejam dengan membunuh seekor anak kucing. Kejadian berlaku di Serdang dan berjaya dirakamkan melalui CCTV. Atas dasar apa beliau berbuat begitu masih lagi belum terungkai. Di fb beliau dikenali sebagai 'MR.LONENY MR.LOUIS', mungkin ada di antara anda yang kenal beliau. Budak ni bertindak bijak dengan 'close' akaun fb. Tapi ada lagi beberapa orang bijak pandai berjaya mengesan identiti beliau.

Vid kekejaman budak ni: thx Ken Liew

Di sini ada beberapa pics beliau: thx Love Cat




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...