Penaja

Saturday, March 12, 2011

Jangan Cabut Bateri Laptop


Saya bukannya pakar IT ntuk nak jelaskan semua ini. Cuma ada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. Kepada pengguna laptop, jangan sesekali anda cabut bateri laptop anda untuk kegunaan semasa.

Kita dapat lihat sekarang ini ramai pengguna selalu cabut bateri laptop ketika nak guna laptop. Perkara sebegini terjadi dalam 3 tahun kebelakangan ini, sebelum ini xpernah langsung fenomena cabut bateri laptop ni terjadi. Sejak saya menggunakan laptop dari pertengahan 90an samada secara langsung atau tidak. Tak pernah saya tengok ada orang yang gatal tangan cabut bateri laptop masing2.

Teori mengatakan mencabut bateri laptop dapat memanjangkan jangka hayat bateri tersebut. Saya xpasti dari mana datangnya teori cabut bateri ni. Yang pastinya perbuatan tersebut bukan boleh memanjangkan jangka hayat bateri malah boleh merosakkan bateri dan laptop tersebut.

Friday, March 11, 2011

KFC

Kreativiti di KFC..


Thursday, March 10, 2011

Mengapa Yahudi Bijak



Rasanya dah ramai agaknya orang yang telah baca artikel ni. Kepada sapa2 yang belum pernah baca artikel ni, baca dan cuba fahamkan tentang perkara yang diutarakan oleh Dr. Stephen Carr Leon


Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:
- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya
sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.

Wassalam

Baca… Renung… Fikir… Bertindak!
Based on true story...

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Kita & Ibu


Baca dan renungkan ........
Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu.

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit "tak nak! Tak nak!"

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Perbezaan Sifat Lelaki & Perempuan

Adakah perbezaan ini ada persamaan didalam diri anda atau mungkin juga ada persamaan daripada penilaian anda terhadap pasangan anda?

(L) mewakili lelaki & (P) mewakili perempuan. Jom kita nilai diri dan pasangan kita.

(L)
 Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

Tuesday, March 8, 2011

Made In Thailand


Beberapa keping gambar yang anda akan lihat nanti mengandungi unsur-unsur yang mungkin tak sesuai bagi sesetengah orang. Apa yang dipaparkan ini hanyalah sebagai pengetahuan bagaimana pembedahan menukar jantina dilakukan. Kalau rasa tak sesuai silalah ke artikel yang lain k.


Seperti sedia maklum pembedahan sebegini banyak dilakukan di Thailand kerana kosnya yang murah. Apa-apa pun kita sebagai manusia yang telah diberi akal fikiran ini, janganlah bertindak ikut nafsu semata-mata. Buruk akibatnya di kemudian hari.


Hanya ingin kelihatan cantik seperti perempuan sebenar terdapat segelintir lelaki yang sanggup meletakkan agama di tepi, asalkan berjaya menukar jantina.


Berikut adalah rentetan gambar bagaimana pembedahan dilakukan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...