Penaja

Sunday, February 27, 2011

Top 6 - Laptop Pilihan Pengguna 2010

Kalau sebelum ini kita dah lihat Top Ten Anti Virus sekarang ini kita lihat pula Top 6 - Laptop Pilihan Pengguna bagi tahun 2010. Ianya berdasarkan jumlah jutaan laptop yang berjaya dijual di seluruh dunia.

Top 6
No. 1
No. 2
No. 3

Penipuan Email..

Buka je email hari ini ada la plak nama awek kat inbox. Buka jer..hurmm..email scam lagi. Korang pun tentu pernah terima email macam inikan. Kepada yang tak pernah dapat , di sini saya masukkan kandungan email yang saya terima. Kepada korang semua berhati2 bila dapat email macam ni, selalunya ada gambar awek negro. Kali ni je xda. 


Assalam o Aleikum!

I know it is normal and natural for you to wonder why I contacted you for assistance in this transaction, since we have not meet each other before, I am pleading that you be patient with me because I have no other choice than to do what I am doing now since it is the only way out of this problem I found myself based on the fact that most times in life, One must confide in another Person to survive,

I therefore decided to contact you to find a solution to my problem irrespective of the fact that we never knew each other, please do not misunderstand me since a journey of hundred miles starts with a step, I
am therefore begging you to accept me with an open heart and mind, it is the situation I found myself that made me to contact you and ask for your assistance.

Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau & Kerdau

Penamaan calon-calon untuk bertanding bagi kerusi DUN Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang telah diumumkan pagi Sabtu 26 Feb. Persaingan sengit di antara BN dan PAS.


DUN Merlimau

Yuhaizad Abdullah (PAS) vs Roslan Ahmad (BN)
DUN Kerdau

Hasanudin Salim (PAS) vs Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN)

Kedua-dua pengundian dijangka akan berlangsung serentak pada 6 Mac 11 (Ahad). Harapnya pengundian kali ini tidak lagi mencetuskan pengundi hantu, pergaduhan antara penyokong dan sebagainya.

Saturday, February 26, 2011

Top Ten Anti Virus 2011

Kepada semua pengguna komputer, saya senaraikan Top Ten Anti Virus terbaik untuk tahun ini. Pemerhatian adalah berdasarkan melalui perkara-perkara berikut:

  • Rating
  • Special Offers
  • Threat Detection
  • Additional Protection
  • Protection Technology
  • Scanning Capabilities
  • Additional Features
  • Update
  • Certifications
  • Technical Support
  • Supported Configurations

Top Ten


No. 1
No. 2

No. 3
No. 4
No. 5

Pendapatan Bulanan Menteri Di Malaysia


Sumber-sumber ni saya dapat dari emel. Kalau sebelum ini kita lihat Gaji dan Elaun Menteri. Kali ini ada lagi info yang menarik tentang sumber pendapatan mereka. Samada anda nak percaya atau tidak, itu terpulanglah. Apa-apa pun layan dulu k..

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

Karipap Bihun

Bandar Sandakan
Apa yang saya nak cerita ini berdasarkan pengalaman saya berpuasa di Sandakan, Sabah. Dah lama tak ke sana.

Al kisah, saya pergilah ke bazar Ramadhan di bandar Sandakan ni. Memang ada pelbagai jenis kuih muih tempatan. Tapi aritu terasa nak makan karipap jer. Belilah karipap kat satu gerai ini. Kesilapan yang nyata ialah saya tidak bertanyakan apakah intinya. Bukan apa, kalau kat Semenanjung karipap ni intinya selalu kentang, ayam, sardin n daging.

Tiba masa berbuka, lepas je mkn kurma terus la nak ngap karipap yang gebu ni. Sekali ngap jer..aisey dah rasa lain macam je. Bila tengok je..alamak..inti bihun ke..konpius sejenak..sekaligus terbantut la plak selera. Da lapar, bedal jela.


Sampai sekarang saya lupa tanya kat orang Sandakan, kenapa ada karipap inti bihun. Saya 'assume' mungkin kalau buat karipap kena bubuh inti bihun la..makanan tradisi kat sana. Mungkin diorang pun rasa hairan kalau datang Semenanjung n beli karipap berinti sardin.

Friday, February 25, 2011

Isu Murtad



Assalamualaikum.... renungilah dan hayatilah petikan dari internet ini..... kukuhkan keimanan dan bantulah sesama kita. Bismillahhirrohmani rahim

Assalamualaikum w.b.t Pernahkah anda dengar cerita Aisyah atau nama manjanya intan yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononya untuk menjaga perkauman, taknak terjadi kacau bilau. Kes aisyah yang murtad dan banyak lagi kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend. ia sebenarnya kes murtad yang sengaja ditutup oleh golongan pemimpin tertentu yang kita amanahkan untuk memimpin, mereka ini juga Islam, kita tak tahu kenapa sengaja membutakan hati dari melihat akidah umat islam di Malaysia terutamanya di serang hebat. Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya korang seorang islam yang peka dan sayang kan agama kita Islam, Buatlahlah sesuatu, paling kurang forward alamat ini kepada saudara kita yang tak tahu menahu kalau nak tahu cerita sebenar disebalik semua tu ataupun selemah-lemahnya berdoa agar kita semua serta saudara- saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di madrasah hidayah. Murtad dikalangan orang melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indek pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 89 ajer, 4776 orang melayu mohon tukar nama dari melayu kepada bukan melayu atas alasan keluar dari Islam. Tahun 1997 Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. 

Perjalanan Peristiwa Berdarah di Kampung Memali, Baling.

Siapa yang tidak pernah baca atau mengetahui perihal kejadian@rentetan Memali bolehlah terus membaca artikel ini. Saya pernah letak artikel ini semasa tahun 2001 di laman web pertama saya iaitu geocities.com/kuihtart. Web ini dah lama ditutup. Apa-apa pun korang layan dulu kejadian ini yer.


Di bawah ini diperturunkan perjalanan peristiwa berdarah untuk kajian dan renungan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan,khususnya umat Islam Melayu di bumi Malaysia yang dicintai ini.
Lebih kurang jam 1935 (18.11.85) bertempat di Kem Polis Hutan,Sungai Petani,Kedah. Seramai 3,600 anggota polis terdiri daripada PAsukan Simpanan Khas (FRU),Penang;Pasukan Polis Hutan (PPH),Polis Biasa dan Komando 69 telah bersedia untuk menerima arahan daripada seorang pegawai atasan dari Bukit Aman,KL dengan dibantu oleh beberapa orang pegawai rendah dari Bukit Aman,Kedah/Perlis dan Pulau Pinang.

Jam 1945 pegawai atasan dari Bukit Aman memberikan taklimatnya bahawa mereka dikhendaki membuat serangan mengejut pada sebuah perkhemahan Komunis yang berada di aerah Baling bersempadan dengan Thailand.Jam 2045, dibilik Pemerintah PPH SP,berlaku perbalahan diantara beliau dengan pegawai atasan Bukit Aman yang ditugaskan mengikut gerakan itu.Perbalahan ni berkaitan dengan pembohongan yang ditaklimatkan kepada anggota gerakan dan Pemerintah PPH berkenaan tidak bersetuju gerakan itu dilancarkan serangan ala perang kerana beliau mengenali Ustaz Ibrahim Libya sebagai Ulamak dan ramai anggota2 di bawahnya berguru dan mengunjungi Ustaz Ibrahim.Keadaan menjadi kelam-kabut dan masalah ini tidak dapat diatasi.

Gaji & Elaun Untuk PM, Menteri Dan Ahli Parlimen


Kini saya nak berkongsi artikel ini dengan semua pembaca. Betul ke tidak, tidak pastilah pula. Ini yang saya dapat, apa-apa pun layan jelah.

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut:

Perdana Menteri - RM 22,826.65 sebulan

Timbalan Perdana Menteri - RM 18,168.15 sebulan

Menteri-Menteri Kabinet - RM 14,907.20 sebulan.

Timbalan Menteri-Menteri - RM 10,847.65 sebulan

Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan

Ahli Dewan Negara - RM 6,508.59

Ahli Dewan Rakyat - RM 4,112.79
Conth yang lepas:

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, maka pendapatan sebulan beliau adalah:

= RM 22,826.65 + (RM 14,907.20 x 2) + RM 4,112.79
= RM 56,753.84 sebulan

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40 . Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.

Graduiti:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Wednesday, February 23, 2011

Anugerah Oscar Ke-83

Anugerah Oscar Ke-83 kembali lagi dan akan dihoskan oleh James Franco dan Anne Hathaway. Majlis akan berlangsung di The Kodak Theatre, Hollywood pada 28 Feb 11 ini pada jam 0830 (waktu tempatan) . Nak tengok 'live' saksikannya di Astro Ch 413 - Star Movies.


Berikut adalah senarai yang telah dicalonkan:

Monday, February 21, 2011

Buku Merah - Polis Dan Hak-Hak Asas Anda


Rasanya ramai yang tidak tahu mengenai Buku Merah di mana juga dikenali sebagai Red Book. Buku ini dilancarkan pada April 2006 oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kredit kepada Badan Peguam Malaysia dan Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis (TANGKAP) atas kejayaan menghasilkan buku ini.


Berikut adalah kandungan yang terkandung di dalam Buku Merah ini:

Keputusan Pilih Kasih 2





Final Pentas Pilih Kasih 2 ini telah disiarkan live dari Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan melalui TV2 pada jam 9 malam tadi. 


Berikut adalah keputusan penuh:


Juara: Livonia

Naib Juara: Yuzwan Yunus

Tempat ketiga: Ku Hariz

Anugerah Khas TM Pilih Kasih 2: Jay Iswazir

Senarai finalist lain ialah:



Nur Jannah
Mira Amanas
Lia Natalia

Sunday, February 20, 2011

Kencing Meleleh!!!



Maaf sebab tajuk 'post' ini macam tidak menarik. Apa yang saya cuba nak sampaikan adalah sikap rata-rata rakyat kita dan mungkin juga sedunia akan tabiat yang mereka lakukan ketika di tandas. Saya nak menyampaikan hasil pemerhatian saya di beberapa buah tandas awam berbayar@tidak, tempat kerja dan lain-lain yang telah saya lawati. Lawatan sosial ke tandas ini adalah untuk  melepaskan hajat samada 'memerut' ataupun 'mengecil'.


Banyak perkara yang terjadi yang membuatkan bukan saja saya malah anda di luar sana juga tidak menyukainya. Apa yang akan anda baca nanti kebanyakkannya yang terjadi di tandas lelaki. Pemantauan di tandas perempuan tidak dapat nak dilakukan. Apa-apapun apa yang terjadi di tandas lelaki ini mungkin berlaku di tandas perempuan. Berikut adalah hal-hal yang terjadi yang menyebabkan ramai orang terbantut hajat:


Kencing Meleleh@Tidak Bertempat


Aduhai..kalau tembak dekat 'urinal bowl' tak apa lah juga. Sebab susah nak meleleh ni. Tapi kalau kat tandas duduk macam mana tu. Kalau meleleh kat bahagian dalam pengguna tidaklah marah. Bagaimana kalau kat bahagian tempat duduk..arghhh..tension betullah. Warna kuning lak tu.Cubalah 'mengecil' tu dengan betul. Ini tidak asyik nak main-main je. Kan dah terkena tempat lain. Kalau dicucinya tak apalah juga, ini dibiarkan pada orang lain lak nak tolong cuci.


Tidak 'Flush'


Ini lagi satu tabiat yang sukar dibendung. Kalau sudah melepas, pandai-pandai lah nak 'flush'. Habis semerbak dibuatnya. Buatnya kalau lama sikit, najis tu sampai kering dan melekat lah kat celah-celah tandas tu.

Keputusan Anugerah Seri Angkasa 2010


Anugerah Seri Angkasa (ASA) yang disiarkan live melalui TV2, TV9 dan Astro Prima telah pun selesai. Keputusan penuh pemenang seperti berikut:


ANUGERAH KATEGORI RADIO

Pengulas Radio Terbaik - Nurjamalina Jamali (Media Prima)
Liputan Berita Radio Terbaik - Laporan F1 2010 (Media Prima)
Buletin Radio Terbaik - Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)
Majalah Radio Terbaik - Feminin (Suara Malaysia RTM)
Rancangan Interaktif Radio Terbaik - Suara Cinta (Suria FM)
Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)
Rancangan Hiburan Radio Terbaik - Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)
Bicarawara Radio Terbaik - Kerusi Panas (Bernama Radio 24)
Skrip Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)
Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik - Elliza Abdul Razak (Klasik Nasional)
Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik - Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Klasik Nasional)
Kapsul Radio Terbaik - Kempen Kebersihan, Pelancongan dan Keselamatan (Negeri FM)
Pengimbang Muzik Radio Terbaik - Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik - Roslinda Binti Abdul Majid – Suria FM
Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik - Bernama Radio – Wan Syahrina Binti Wan AB Rahman (Bernama Radio 24)
Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik - Chong Keat Aun – AI FM (RTM)

ANUGERAH KATEGORI TELEVISYEN

Bicarawara TV Terbaik - Isu Khas Gaza (RTM)
Animasi Tempatan TV Terbaik - Abus (RTM)
Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik - Tom Tom Bak Musim 4 (Astro)
Liputan Berita TV Terbaik - Catatan Saksi Mavi Marmara (Astro)
Laporan Khas Berita TV Terbaik - Isu Golongan Gelandangan Di Kuala Lumpur (RTM)
Wartawan TV Terbaik - Hanim Muhili (RTM)
Suntingan Rancangan TV Terbaik - Songkok (RTM)
Jurukamera TV Terbaik - Dosa Semalam (RTM)
Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)
Rekaan Set TV Terbaik - Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM)
Promo/Montaj TV Terbaik - Astro Arena Channel I.D (Astro)
Audio Rancangan TV Terbaik - Songkok (RTM)
Pengimbangan Muzik TV Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)
Penerbitan Kapsul TV Terbaik - Kapsul Ramadan (RTM)
Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik - Menggapai Harapan (RTM)
Anugerah Majalah TV Terbaik - Kelapa Tanaman Eksotik Bernilai Tinggi (Agrotek RTM TV1)
Anugerah Rancangan Realiti TV Terbaik - Showdown 2010 Episod 9 (8TV)
Anugerah Candawara Game Show TV Terbaik - Jangan Lupa Lirik (Astro Ria)
Anugerah Hiburan / Muzik Terbaik - Shout Award 2009 (8TV)
Anugerah Dokumentari TV Terbaik - Malaysia My Home: Story of Sabah & Sarawak (Astro Saluran 301)
Anugerah Buletin TV Terbaik - Awani 7:45 (Astro Awani)

ANUGERAH KATEGORI DRAMA TELEVISYEN

Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik - Hanis Kamal (Astro)
Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik - Fadhilah Mansor (Media Prima)
Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik - Eyra Hazali (Astro)
Anugerah Pelakon Drama TV Lelaki Terbaik - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat TV3)
Anugerah Pelakon Drama TV Wanita Terbaik - Elaine Daly (Apa Dosaku – Astro Citra)
Anugerah Skrip Drama TV Terbaik – Perempuan (Siti Jaslina Ibrahim - RTM TV2)
Anugerah Komedi TV Terbaik - Saham Neraka (TV3)
Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik - Ebby Yus (Masak Lomak Cili Api - RTM TV2)
Anugerah Drama TV Terbaik - Perempuan (RTM – TV2)

Anugerah Khas Juri - Ashwad Ismail (Catatan Misi Mavi Marmara)

AnugerahTokoh Penyiaran Swasta - Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi

Anugerah Tokoh Seri Angkasa - Datuk Abdullah Muhammad

Anugerah Pengarah Drama TV Terbaik - Apa Dosaku (Bernand Chauly-Astro Citra)

Anugerah Drama TV Terbaik - Perempuan (RTM – TV2)

Saturday, February 19, 2011

10 Orang Terkaya Di Malaysia

Senarai 10 orang terkaya di Malaysia telah diumumkan melalui Buletin Utama beberapa hari yang lepas. Pengumuman ini berdasarkan statistik yang dikeluarkan melalui Forbes, jadi kita bolehlah mempercayai sumber-sumber ini.

Berikut adalah senarai tersebut:

1. Tan Sri Dato Dr Robert Kuok Hock Nien
    - RM 50.04 bilion
    - PBB Group
    - Perlis Plantations Berhad
    - Shangri-La Hotels  


2. T. Ananda Krishnan
    - RM 45.78 bilion
    - MAI Holdings Sdn Bhd
    - Usaha Tegas Sdn Bhd
    - Maxis





3. Tan Sri Teh Hong Piow
    - RM 12.77 bilion
    - Public Bank





4. Tan Sri Lee Shin Cheng
    - RM 12.73 bilion
    - IOI Grup




Thursday, February 17, 2011

Kolam Air Panas, Lubuk Timah


Kalau sebelum ini kita menjengah di Kolam Air Panas, Gerik . Kini kita ke Kolam Air Panas, Lubuk Timah. Untuk ke sini kita perlu dari Simpang Pulai, Perak menuju ke Cameron Highland. Kali terkahir saya ke sini pada 2009. Untuk ke Lubok Timah ini kita terpaksa melalui jalan tanah merah (pada ketika saya pergi). Harap-harapnya sekarang ini struktur jalan raya makin bertambah baik.
Kalau ada 4x4 memang sesuailah nak pergi




Walaupun keadaan jalannya tidak elok, Lubuk Timah ini masih lagi terpelihara. Ada lagi anak sungai yang mengalir deras dan kawasan yang masih lagi belum diterokai. Cayalah..








Wednesday, February 16, 2011

Stesen Minyak M Tipu Pengguna


Buat masa sekarang harga minyak RON 95, 1 liter = RM 1.90. Tapi betulkah kita dapat seperti apa yang dibayar. Ini yang terjadi pada kawan saya pada bulan lepas. Ditakdirkan motor kawan saya ini kehabisan minyak ketika hendak pulang dari kerja dan dia meminta ditumpangkan ke stesen minyak yang berdekatan. Saya terus menumpangkannya ke stesen minyak M, kerana ini yang terdekat.


Dengan membekalkan 2 botol kosong air mineral 500 ml dan membayar RM 5.00 di cashier, beliau terus mengisi minyak di dalam botol tersebut. Dalam masa itu, beliau juga ada memaklumkan akan mengisi minyak untuk kereta saya dengan baki yang ada. Kiranya upah untuk sayalah.

Monday, February 14, 2011

GCS Ultimate Champion Tomoi Open Perak


Dah lama rasanya xtengok perlawanan tomoi live nie. Dulu tgk kat tv (channel Siam) sekarang nie tengok kat youtube dan dvd. Hujung minggu lepas berpeluang tengok perlawanan tomoi kat Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Manjung. Sebanyak 13 perlawanan tomoi diadakan dan menariknya ada 1 perlawanan peninju wanita serta kanak-kanak berusia 7 tahun.

Pintu masuk dewan

Keputusan perlawanan pada 12 Feb 11

1. Ismail Langkasuka 60 kg                 vs               Mohd Faiz 60 kg
    Kuala Lumpur                                                   Raja Lebah Kedah
    (Menang)

2. Izat Belalang Dirimba 58 kg            vs               Hafiz 58 kg
    Shah Alam, Selangor                                        Kuda Kepang, Langkasuka, Kedah
                                                                           (Menang)

3. Khuntab Kudin 59 kg                     vs              Ad Langkasuka 59 kg
    Anak Raja Jerong, Kelantan                             Langkawi, Kedah
    Merican Muay Thai Gym                                
    (Menang)

4. Shamrizal 59 kg                             vs               Mohd Firdaus Hashim 60 kg
    TLDM Lumut, Perak                                       Langkasuka Kedah
   (Menang)

5. Aswadi 60 kg                                vs               Hamdan b Motar 60 kg
    TLDM Lumut                                                  Long Ranjer, Shah Alam                   
    Perak                                                              Selangor                    
   (Menang)

6. Ejo 50 kg                                      vs               Champree 50 kg
    Malaysia                                                          Thailand        
    Merican Muay Thai Gym                                 (Menang - Tali Pinggang Kejohanan)

Friday, February 11, 2011

Kolam Air Panas, Gerik

Hujung minggu lepas saya telah pergi ke Ayer Panas, Gerik, Perak. Tempatnya memang menyamankan dan membuatkan sesiapa yang berada di situ release tension dengan ada banyak anak sungai dan ramai kanak-kanak yang mandi di situ. Di situ juga terdapat sebuah kolam air panas yang wujud sejak tahun 1940 lagi.

Tapi sayangnya kolam tersebut tidak dijaga dengan rapi dan terabai begitu sahaja. Penuh dengan semak samun dan telah diliputi dengan daun  lalang. Setelah bertanya dengan orang-orang lama di situ, semuanya mengatakan  satu masa dahulu memang wujud kolam air panas tersebut. Tetapi kini tempat tersebut telah dilupai, mungkin sebab kebanyakkan rumah di situ sudah pasang water heater.




Harapnya adalah pihak-pihak yang berwajib berusaha untuk menjaga dan menaik taraf tempat tersebut kerana ianya boleh ditingkatkan sebagai tempat pelancongan. Sekaligus juga boleh menjana kewangan kerajaan negeri dan penduduk tempatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...